KUALA LUMPUR - Pelantikan pemangku Menteri Besar Johor akan dilakukan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya pada masa ini, terdapat beberapa senarai calon untuk jawatan itu, namun menegaskan ia akan mengambil sedikit masa.