Thunder Castle mahu kekal kejuaraan Supermokh
Iklan
AKADEMI Buriram United hadir ke saingan Piala Supermokh 2022 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, yang bermula Selasa hingga 30 Oktober ini dengan misi mempertahankan kejuaraan kategori bawah 13 tahun (B13) edisi 2019.
Pada perlawanan akhir edisi 2019, Buriram United yang lebih dikenali dengan jolokan Thunder Castle menewaskan pasukan tuan rumah, AMD Cougars, 2-0.