Jenazah ibu Wan Azizah selamat dikebumikan

Iklan
Dr Wan Azizah (duduk, kiri) di pusara ibunya, Datin Mariah Khamis sebaik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada Isnin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jenazah ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, kira-kira 11.15 pagi Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 88 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada jam 2.45 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Dr Wan Azizah menyifatkan arwah ibunya adalah tulang belakang kepada pencapaiannya sebelum ini.

"Sebab itu saya ingat tiap-tiap ibu atau suri rumah yang menyumbang membangunkan sebuah keluarga itu, kita mesti hargai. Syurga di bawah tapak kaki ibu kan," katanya kepada Bernama.

Iklan

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Al-Mustaqim Ampang.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak. Dr Wan Azizah merupakan anak kedua. - Bernama

Iklan