Rentak kemenangan Arsenal terhenti di St Mary's

Iklan
Xhaka terlebih dulu meletakkan Arsenal di depan. - Foto Agensi

PENDAHULU Arsenal gagal melebarkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila diikat 1-1 Southampton ketika bertandang di Stadium St Mary's pada Ahad.

The Gunners kendalian Mikel Arteta bermula garang apabila mendahului pada minit ke-11 hasil jaringan Granit Xhaka yang menterjemahkan hantar Ben White untuk mendahului babak pertama.

Iklan
Iklan

Bersambung babak kedua, The Saints pimpinan Ralph Hasenhüttl yang tidak mengalah berjaya menyaingi pelawat apabila Stuart Armstrong meledak gol penyamaan pada minit ke-65.

Keputusan seri pertama dilakar Arsenal selepas mengharungi 11 perlawanan menyaksikan kelab London itu kini hanya dua mata di depan pencabar utama Manchester City yang menghuni tangga kedua dengan mengumpul 26 mata.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Southampton pula berada di kedudukan ke-15, dengan 12 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.