ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Langkawi yang dibuka sejak 16 Oktober lalu, ditutup sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, kesemua 56 orang daripada 15 keluarga yang ditempatkan di Dewan Syifak di bawah Mukim Padang Matsirat itu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.