PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat
Iklan
Poster tular memaparkan Mohana, Hans, Xavier dan Ahmad Yunus didakwa bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Langat pada PRU15.
SHAH ALAM - Pengarah dan pelakon, Datuk Gerald Hans Isaac, 51 serta bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar menafikan diri mereka bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia berikutan sebuah poster tular dalam media sosial pada Sabtu memaparkan kedua-dua mereka bersama Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy Rama dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Iklan
Iklan
Namun Hans Isaac ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan dirinya tidak mengetahui tentang dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.
"Sudah empat hari saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur kerana ada jangkitan paru-paru, hari ini baru keluar.
Iklan
"Yang itu (poster tular) saya tidak tahu, apa-apa saya kena tunggu pucuk pimpinan atau presiden hubungi seperti biasa," katanya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Xavier memaklumkan ingin berehat seketika daripada sebarang aktiviti politik buat masa ini walaupun banyak pihak inginkan beliau bertanding dalam PRU15.
Iklan
Bagaimanapun, beliau tetap dengan keputusannya untuk berhentikan kegiatan politik buat sementara waktu.
"Penduduk, ketua komuniti dan sebagainya nak saya bertanding kerana saya masih terus bertugas hingga ke hari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>