Keprihatinan Tun M kepada UMNO tak pernah pudar: Khaled

Iklan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BAHRU - Perhatian dan keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kepada UMNO tidak pernah pudar, sehingga apa sahaja perkara dilakukan parti tersebut akan terus menarik perhatian dan rasa ingin tahu bekas Presiden UMNO itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terbaharu Dr Mahathir menzahirkan kerisauan UMNO akan semakin 'menjadi Pas' susulan kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak kisah sama ada UMNO menjadi semakin Pas atau sebaliknya, ia terpulang kepada cara masing-masing melihat kerjasama tersebut.

"Semua itu hanya label politik. Yang pasti, orang Melayu semakin kuat dan bersatu.

Iklan

"Orang Melayu sudah tidak berpecah dan berpatah arang antara satu sama lain seperti yang Tun lihat dan benarkan berlaku selama ini," katanya di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, jauh lebih baik untuk orang Melayu bersatu padu melalui kerjasama UMNO-Pas berbanding Dr Mahathir dengan DAP.

Iklan

Katanya, Dr Mahathir kini tidak ubah seperti jurucakap DAP di mana setiap perkara parti terbabit lakukan yang dahulunya digelar rasis dan tidak bertanggungjawab telah menjadi amalan Pengerusi Bersatu yang terpaksa pertahankan sehabisnya.

"Kami faham, prinsip, pendirian dan ideologi semuanya sudah tidak penting pada Tun dan kuasa adalah matlamat akhir pada beliau.

"Tetapi, sejujurnya, sudah pasti ramai orang Melayu tergores melihat bagaimana bersungguh-sungguhnya Tun mempertahankan DAP, satu seteru politiknya untuk berdekad lamanya.

"Seteru politik yang kehadirannya selama ini secara tidak langsung menjadikan Tun sebagai pembela orang Melayu," katanya.

Beliau berkata, kesedihan orang Melayu melihat Dr Mahathir membela DAP sudah pasti lebih mendalam dan pilu berbanding perasaan sama penyokong setia PKR yang sebelum ini, menghina dan menentang Perdana Menteri sebagai ketua negara.

"Tetapi kini terpaksa meraikan sambutan 20 tahunnya dengan senyum kelat kerana mengangkat Tun sebagai ketua," katanya.

Selain itu, bekas Menteri Besar Johor itu turut merakamkan setinggi-tinggi rasa terharu kepada Mahathir selain berterima kasih kerana terus mengambil tahu dan prihatin kepada UMNO.

"Setiap gerak geri UMNO tidak pernah terlepas dari pandangan Tun. Masa depan parti ini adalah perkara yang membuatkan Tun tidak tidur lena.

"Kami sedar. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tunggangan politik berdekad-dekad lamanya," katanya.