Covid-19: 2,295 kes baharu, tiga kematian direkod

Iklan
1,209 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian direkodkan pada Isnin.

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 2,295 kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, terdapat tiga kes kematian dicatatkan dengan satu daripadanya kematian di luar fasiliti kesihatan.

Iklan
Iklan

KKM turut memaklumkan, sebanyak 24,331 kes Covid-19 yang masih aktif dengan 95.4 peratus atau 23,215 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Data itu turut menunjukkan seramai 1,072 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

Daripada jumlah itu, 11 pesakit dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes sembuh baharu Covid-19 mencatatkan 1,386 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,811,810.

Iklan