PRU15: PBRS mahu agihan kerusi lebih adil daripada BN
Iklan
Gambar hiasan.
KOTA KINABALU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berharap mendapat pengagihan kerusi yang lebih adil untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada BN.
Setiausaha Agungnya Richard Kastum berkata, hasrat itu telah diputuskan pada mesyuarat tertinggi parti itu hari ini, dan akan dibawa dalam perbincangan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh terdekat.
"PBRS bukan lagi sebuah parti kecil seperti yang dianggap sebelum ini. Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak, PBRS telah berjaya menarik kemasukan ramai pemimpin kanan parti lawan, serta permohonan ribuan keahlian baharu.
"Ia menjadikan keahlian PBRS berlipat kali ganda dan jumlah bahagian PBRS bertambah dengan bahagian PBRS telah ditubuhkan hampir di setiap DUN di Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum Parlimen ke-14 dibubarkan, PBRS, yang juga parti komponen BN bersama UMNO, MCA dan MIC, mempunyai satu kerusi Parlimen di Pensiangan disandang Timbalan Presidennya Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya. - Bernama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Isu hutang calon PN: Pimpinan Bersatu sudah diberi penjelasan" /><meta itemprop="description" content="Isu hutang calon PN: Pimpinan Bersatu sudah diberi penjelasan
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #AhmadFaizalAzumu #pilihanrayakecil #CalonPN #KhairulAzhariSaut" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-03T03:11:31.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEJo21cD5NZ1cHbwh/x120" /><meta itemprop="duration" content="P64S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xveki" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xveki"></script>