LANGKAWI - Gerakan Tanah Air (GTA) akan menumpukan kepada usaha meyakinkan pengundi muda dan baharu dalam gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana golongan itu mungkin belum biasa dengan keadaan politik semasa sekali gus memerlukan penjelasan tentang situasi semasa dalam negara ini.