Bandar raya New York 'diserang' tikus

Iklan
Jalan-jalan di New York, Amerika Syarikat sedang bergelut dengan isu infestasi tikus. - Foto 123RF

WASHINGTON - Jalan-jalan di New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat sedang bergelut dengan isu infestasi (serangan) tikus, memetik data terkini.

Serangan tikus meningkat 70 peratus berbanding tempoh sama dua tahun lalu, lapor Xinhua memetik rangkaian berita tempatan FOX 5.

Iklan
Iklan

Lebih 21,500 penampakan tikus dilaporkan antara 1 Januari dan 30 September tahun ini berbanding 18,601 untuk tempoh sama tahun lalu.

Menurut Fox 5, pada akhir bulan ini Majlis Bandaraya New York akan mengundi untuk pelan tindakan bagi mengatasi isu itu.

Iklan

Pelan itu membabitkan kos kira-kira AS$5 juta (RM23.6 juta) namun, menurut pakar dana itu tidak mencukupi.

Rekod menunjukkan kira-kira 300,000 penduduk New York telah berpindah dari bandar raya itu pada musim bunga 2020. - Bernama

Iklan