Bukan gimik politik, Muda serah bukti kepada polis
Iklan
Azrol Rahani dan Laporan Sinar Harian.
JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor menafikan dakwaan gangguan yang memprovokasi Ceramah Mega Muar di Parit Jawa pada malam Ahad sebagai gimik parti itu.
Pengerusinya, Azrol Rahani berkata, tuduhan tersebut tidak berasas dan berniat jahat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, laporan polis sudah dibuat Muda Bahagian Muar pada Isnin berikutan provokasi itu selain bagi menafikan pembabitan Muda yang didakwa membuat gimik politik.
"Selepas insiden itu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah gimik oleh Muda. Itu adalah tuduhan yang tidak berasas dan jahat. Kami ada segala rakaman dan gambar mereka yang melakukan kekecohan itu dan telah diserahkan kepada pihak polis semasa membuat laporan.
Iklan
Sebelum itu, Ceramah Mega Muar anjuran Muda dilaporkan terganggu dengan insiden provokasi daripada sekumpulan 'mat motor' yang tidak dikenali.
Dalam pada itu, Azrol berkata, insiden berkenaan tidak akan melemahkan semangat Muda Johor untuk membudayakan politik baharu yang lebih sihat di negara ini.
Iklan
"Muda tidak akan berhenti bekerja, menyebar dan mempraktikkan budaya politik baharu yang lebih sihat supaya ekspresi politik dalam masyarakat tidak akan dapat dipadam.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjaga dan mengawal keadaan dengan baik dalam ceramah mega pada malam Ahad," katanya.
Katanya, tindakan mengintimidasi itu adalah untuk mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat supaya tidak hadir lagi dalam program Muda atau Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan pada masa depan.
"Ini secara langsung mengganggu proses demokrasi di Malaysia. Budaya ini adalah budaya yang rosak," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>