Covid-19: Enam kematian direkod pada Isnin

Iklan
Sebanyak 1,209 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian direkodkan pada Isnin.

SHAH ALAM - Enam kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan lima daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 1,209 kes baharu turut dicatatkan dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Iklan
Iklan

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula sebanyak 23,070 kes dengan 95.4 peratus atau 22,002 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Daripada jumlah itu, seramai 19 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Dalam pada itu, KKM memaklumkan sejumlah 2,026 kes sembuh baharu direkod menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada wabak itu sebanyak 4,808,909 kes.

Iklan