PROGRAM pemantapan pasukan di Lenggong, Perak diyakini mampu memantapkan persediaan mental dan fizikal 26 pemain skuad senior hoki lelaki kebangsaan menjelang kejohanan besar termasuk Piala Sultan Azlan Shah 2022 dari 1 hingga 10 November ini.
Ketua Jurulatih, A. Arul Selvaraj percaya program tersebut dapat memberi manfaat kepada anak-anak buahnya terutama dari sudut kepentingan mempercayai satu sama lain, menyerap tekanan sebagai satu pasukan, mencari jalan menyelesaikan setiap masalah serta kerjasama dalam menghadapi cabaran mendatang.