PRU15: Ku Li serah parti tentukan kedudukan
Iklan
Tengku Razaleigh
GUA MUSANG - Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tengku Razaleigh, 85, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, beliau tidak menolak untuk terus bertanding seandainya diminta parti untuk berbuat demikian.
Iklan
Iklan
"Saya sendiri, saya serah kepada parti. Di dalam Gua Musang ini setiap tahun tak nak bagi saya bersara,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat, Bukit Cekati di sini pada Sabtu.
Pada mesyuarat tersebut, UMNO Bahagian Gua Musang sebulat suara menyokong usul mengekalkan Tengku Razaleigh sebagai calon Ahli Parlimen Gua Musang pada PRU15.
Iklan
"Terutama sekali Orang Asli, mereka buat keputusan ramai-ramai tak mahu calon lain, dia nak saya.
"Setiausaha UMNO Bahagian (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Ab Aziz Yusoff), dia kata selagi saya tak ‘gogek’ (goyah) saya kena tawar diri saya untuk bekerja lagi. Saya ikut perintah parti,” katanya.
Iklan
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memegang rekod sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini.
Beliau mula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat pada 1969 dan berjaya menewaskan calon Pas, Hussin Abdullah.
Kemudian beliau beralih ke kerusi Parlimen pada 1974 bertanding di kawasan Gua Musang, yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Ulu Kelantan dan kekal sebagai wakil rakyat Gua Musang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>