Rosmah hadir beri keterangan di SPRM

Iklan
Rosmah Mansor

PUTRAJAYA - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Beliau tiba di SPRM jam 1.38 petang menaiki Proton Perdana hitam diiringi sebuah kenderaan lain.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, Rosmah dipanggil memberi keterangan berikutan terdapat maklumat baharu terhadap siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, ini kali kedua Rosmah dipanggil berhubung dakwaan melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah pedalaman Sarawak.

Iklan
Iklan

Pada 15 November lalu, Rosmah bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor didakwa menerima rasuah berkaitan dengan projek tenaga solar berkenaan.