ALR muktamatkan pengambilalihan LITRAK, SPRINT, KESAS, SMART

Iklan
Pengambilalihan semua saham KESAS, SPRINT, LITRAK dan SMART oleh ALR telah selesai.

[DIKEMAS KINI] PENGAMBILALIHAN semua saham empat syarikat lebuh raya - KESAS, SPRINT, LITRAK dan SMART oleh Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) telah selesai.

Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK), Gamuda Bhd dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, perjanjian jual dan beli saham (SSPA) menjadi tidak bersyarat pada 13 Oktober 2022, susulan penunaian syarat duluan yang ditetapkan dalam setiap SSPA berkenaan dengan setiap pelupusan.

Iklan
Iklan

Syarikat pegangan konsesi itu berkata setiap pelupusan selesai pada 13 Oktober 2022 mengikut terma dan syarat setiap SSPA.

Pada tarikh perjanjian itu selesai, menurut terma dan syarat setiap SSPA, Gamuda, LITRAK dan KPS, sebagai syarikat pegangan konsesi KESAS, SPRINT dan LITRAK, masing-masing menerima sebanyak RM2.21 bilion, RM3.07 bilion dan RM863 juta daripada ALR.

Iklan

Jumlah yang diterima oleh setiap kumpulan berasaskan kepada saham yang mereka pegang dalam konsesi.

Berkaitan dengan penjualan SMART, Gamuda berkata, ALR membayar nilai ekuiti bersamaan dengan RM1 kepada SMART Holdings pada tarikh ia diselesaikan.

Iklan

"ALR juga membayar sepenuhnya, jumlah penebusan RM316 juta ke akaun bank yang disediakan oleh ejen kemudahan/sekuriti di bawah terma kemudahan sukuk pada tarikh ia selesai,” katanya. - Bernama