Charles perlu tarik balik saman: Annuar
Iklan
Annuar Musa. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago perlu menarik balik samannya terhadap kerajaan kerana membubarkan Parlimen.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) Tan Sri Annuar Musa berkata, Charles juga wajar memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas tindakannya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak mendapatkan pandangan Jemaah Menteri mengenai pembubaran Parlimen itu juga adalah tidak benar.
"Sepanjang kepimpinan, Ismail Sabri amat cermat dalam setiap tindakannya dan sentiasa memberi perhatian serius terhadap aspek perundangan serta perlembagaan," katanya.
Iklan
Beliau berkata, anggota jemaah menteri khususnya yang mewakili parti sudah memberi pandangan masing-masing.
"Setelah jelas terdapat pandangan yang berbeza, maka adalah wajar Ismail Sabri menyembah maklum dan nasihat ke hadapan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Iklan
Annuar berkata, Agong mempunyai budi bicara mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Sama ada perkenan membubar atau tidak, baginda tidak terikat menerima atau menolak nasihat Ismail Sabri," katanya.
Pada Selasa, Charles menfailkan saman pemula terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan PRU15.
Dalam permohonannya, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).
Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.