Tidak timbul soal Sabah diserahkan kepada Filipina
Iklan
Wan Junaidi
SHAH ALAM - Tidak timbul persoalan Sabah akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Republik Filipina kerana Malaysia akan sentiasa mempertahankannya, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut beliau, isu mengenai negeri itu hanya ditimbulkan oleh sesetengah ahli politik Filipina tanpa melibatkan pendirian sebenar republik berkenaan.
Iklan
Iklan
"Saya menyatakan bahawa pengisytiharan keputusan Mahkamah Paris tersebut merupakan ‘tuntutan peribadi’, ia merujuk kepada tuntutan yang yang dibuat oleh individu persendirian (pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu) dan bukan tuntutan oleh Kerajaan Filipina,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.
Wan Junaidi berkata demikian sebagai merujuk kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen, Kota Kinabalu, Chan Foong Hin pada 6 Oktober lalu berhubung isu pertikaian timbang tara antara pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu serta Kerajaan Malaysia.
Iklan
Sebelum ini, beliau dalam sesi Parlimen menyatakan bahawa kerajaan akan mula bertindak sekiranya Filipina memberikan reaksi secara rasmi terhadap perkara tersebut.
Pada masa sama, Wan Junaidi memberitahu, pihak tersebut sedang menggunakan proses timbang tara yang merupakan mekanisme undang-undang antarabangsa persendirian untuk menyerang kepentingan kedaulatan Malaysia di luar negara.
Iklan
"Proses tersebut bukan sahaja disalahguna tetapi ia juga suatu bentuk provokasi ke atas kedaulatan dan kepentingan Malaysia,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar"><meta itemprop="description" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-19T09:03:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqdkh2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqdkh2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqdkh2"></script>