Mesyuarat khas Pas bincang hubungan dengan UMNO, bubar DUN
Iklan
Khairil Nizam
KUALA LUMPUR - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), hubungan dengan UMNO dan hala tuju Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara agenda yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pas pada Khamis.
Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, mesyuarat kali ini penting dalam menentukan hala tuju dan gerak kerja parti itu selepas ini.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH, ada dibincangkan sekali berkaitan pembubaran DUN, cuma kita akan bagi kenyataan secara bertulis. Apa yang penting, pergerakan kita untuk PRU15 nanti dan hala tuju.
"Maksudnya, macam mana kita nak bergerak, sama ada kita nak bersama Perikatan Nasional (PN) atau dengan UMNO," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini pada Khamis.
Iklan
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang turut serta dalam mesyuarat itu berkata, pembubaran DUN melibatkan tiga negeri di bawah Pas iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah antara agenda penting dalam mesyuarat itu.
"Kita juga bincang tentang hubungan dengan UMNO, dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kita tak ada masalah," jelasnya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>