TEKA-teki mengenai keperluan mengubah jadual perlawanan Piala Malaysia 2022 akan terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada 20 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam memaklumkan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi laluan kepada PRU15 pada Isnin lepas, sudah semestinya mempunyai kesan kepada jadual Piala Malaysia yang dijadual bermula 25 Oktober ini.