Cadangan pelepasan cukai pasangan IVF dipertimbang
Iklan
Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan memberi pelepasan cukai kepada pasangan suami isteri yang mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan memahami usaha pasangan suami isteri termasuk membelanjakan wang yang banyak bagi rawatan untuk mendapat zuriat.
Iklan
Iklan
"Ia merupakan cadangan yang baik, mungkin saya boleh angkat agenda ini untuk dipertimbangkan kerana bagi sebuah rumah tangga untuk mendapatkan zuriat adalah hampir segala-galanya," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung sama ada Kementerian Kesihatan bercadang mengusulkan kepada Kementerian Kewangan untuk memberi pelepasan cukai terhadap pasangan suami isteri yang menjalani rawatan IVF.
Iklan
Menjawab soalan asal Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kos rawatan IVF di hospital kerajaan, Dzulkefly berkata jumlah caj yang dikenakan untuk satu kitar IVF atau suntikan intrasitoplasmik sperma adalah sekitar RM4,500 hingga RM5,000.
Beliau bagaimanapun berkata ia tidak termasuk ubat kerana ia ditanggung melalui subsidi penuh oleh kerajaan.
Iklan
Tambahnya, sebanyak 976 pesakit telah menjalani rawatan IVF di empat hospital kerajaan pada tahun lepas, dengan 189 orang berjaya hamil. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>