Calon PKR dimuktamad sebelum 20 Oktober
Iklan
PKR akan memuktamadkan calon bagi PRU15 sebelum mesyuarat SPR pada 20 Oktober ini.
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memuktamadkan calon-calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober ini.
Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini sedang menapis dan memberi pemarkahan awal supaya semua calon-calon berpotensi dapat dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Calon pada Rabu ini.
Iklan
Iklan
"Mengambil kira sentimen pengundi yang menuntut mutu calon yang lebih baik dari parti-parti yang bertanding, PKR memperkenalkan proses saringan dan penilaian calon yang lebih telus, seragam, objektif dan demokratik,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas Rafizi, penapisan dan pemarkahan calon-calon parti itu mengambil kira 30 peratus kekuatan jentera pilihan raya yang telah dibina dan prestasi kempen lapangan untuk memenangi pengundi.
Iklan
"Manakala 20 peratus pula melibatkan keterampilan dan kesesuaian menjadi wakil rakyat dengan mengambil kira latar pendidikan, kelayakan dan pengalaman profesional, kepakaran yang boleh menyumbang nilai tambah kepada keberkesanan sebagai wakil rakyat dan kewibawaan peribadi.
"20 peratus lagi adalah sumbangan kepada masyarakat di luar politik dalam pelbagai bentuk termasuk kerja-kerja sukarelawan, pakar dalam industri dan bidang tertentu, kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamanya,” katanya.
Iklan
Rafizi berkata, pemarkahan selebihnya adalah melibatkan tahap capaian calon tersebut di media sosial dalam berkomunikasi dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai.
"Saya berpendapat tumpuan rakyat untuk membezakan parti-parti yang bertanding dalam PRU15 adalah kepada kewibawaan, kepelbagaian, kemahiran profesional dan kesesuaian calon-calon yang diketengahkan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>