Dr Mahathir, Hsien Loong adakan perbincangan tahunan di Putrajaya

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong ketika perjumpaan bagi mengadakan perbincangan di bawah rangka kerja Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan di Bangunan Perdana Putra hari ini.- Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengadakan perbincangan hari ini di bawah rangka kerja Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-9 di sini.

Hsien Loong tiba di Perdana Putra di sini pada 10 pagi dan disambut oleh Dr Mahathir dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Iklan
Iklan

Dua perdana menteri itu kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti satu mesyuarat delegasi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menghadiri mesyuarat itu.

Iklan

Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu keprihatinan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala yang sedia wujud dan meninjau bidang kerjasama baharu demi faedah bersama.

Hsien Loong yang tiba di Malaysia semalam, diiringi beberapa menteri dan pegawai kanan republik itu.

Iklan

Malaysia dan Singapura merupakan rakan perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain dengan jumlah dagangan bernilai US$59.92 bilion pada 2018.- Bernama