Saifuddin Nasution beri bayangan calon PKR pada PRU15
Iklan
Tangkap layar Facebook Saifuddin Nasution pada Selasa.
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi bayangan akan menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, akan meneruskan perjuangan parti dan gembira untuk kembali bekerja dalam pasukan.
Iklan
Iklan
"Menghadapi PRU15 kali ini pun saya ikut serta dengan tenang. Saya gembira bekerja secara berpasukan. Kelebihan jika ada kita manfaatkan, kekurangan pula kita saling membantu. Itulah indahnya sebuah perjuangan.
"Semoga PRU15 kali ini menjanjikan dulang kemenangan buat PH (Pakatan Harapan),” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.
Iklan
"Saya mula terlibat pada pilihan raya kecil Padang Terap (tahun) 1985. (Allahyarham) Tun Syed Ahmad Al Haj Syed Mahmud Shahabudin (ketika itu) dilantik jadi Gabenor (Yang Dipertua) Melaka.
"Ustaz Halim Arshat (Pas) lawan Baharom Bakar (UMNO). Tugas saya susun ceramah kelompok, edar risalah, kempen rumah ke rumah dan jaga bilik gerakan. Saya membantu calon Halim Arshat, bergerak di bawah Suhaimi Said (almarhum). Lokasi daerah mengundi (ialah) Felda Lubuk Merbau.
Iklan
"Bermula dari situ tidak terhitung lagi penglibatan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Sebagai jentera, pengarah dan calon semua saya dah lalui, pengalaman yang tak dapat di dewan kuliah,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>