PRU15 pertengahan November ini?
Iklan
PRU15 perlu diadakan dalam tempoh terdekat berikutan ramalan musim tengkujuh berlaku pada akhir November nanti. (Gambar hiasan)
Pemerhati politik Malaysia ramal hari pengundian tidak berlaku pada musim banjir
SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan diadakan dalam masa terdekat iaitu sebelum akhir November nanti yang diramal berlaku bencana banjir.
Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ia berikutan selepas daripada tarikh pembubaran Parlimen, tarikh mengundi perlu ditentukan dalam tempoh masa 60 hari.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, kebiasaan Speaker Dewan Rakyat akan memaklumkan kekosongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mereka mengeluarkan writ pilihan raya.
"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari ini (Isnin), maknanya dalam masa dua bulan pilihan raya perlu dilaksanakan.
Iklan
"Saya percaya dalam situasi sekarang ini, memandangkan ada jangkaan musim tengkujuh atau banjir yang akan melanda pada akhir November, diikutkan pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Sinar Harian, Isnin.
Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November 2022, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.
Iklan
Muhammad Fathi berkata lagi, kerajaan yang ada pada ketika ini juga bertukar status kepada caretaker government (kerajaan sementara) sepanjang tempoh pembubaran.
"Dari sudut strukturnya kekal tetapi fungsi berbeza. Maknanya kerajaan sementara ini tidak boleh memperkenalkan dasar-dasar yang penting dan membuat perjanjian signifikan bagi pihak kerajaan
"Paling penting, pemimpin politik yang menganggotai kerajaan sementara tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk aktiviti kempen pilihan raya,” ujar Muhammad Fathi lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>