Mohd Rashid pertahan kerusi Batu Pahat

Iklan
Mohd Rashid

BATU PAHAT - Datuk Mohd Rashid Hasnon akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor itu berharap akan mendapat sokongan yang sama seperti diperolehnya pada PRU14.

Iklan
Iklan

Beliau mengakui bukan yang terbaik semasa menjadi wakil rakyat, namun telah berusaha sebaik mungkin untuk memajukan bandar Batu Pahat yang merupakan satu daripada bandar terbesar di Johor.

"Saya menyerahkan sepenuhnya kepercayaan rakyat untuk memilih wakil bagi suara mereka, namun jika tersilap pilih ia akan menyebabkan penyesalan yang perlu dihadapi kira-kira lima tahun lagi," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Justeru beliau berkata, masyarakat di daerah ini diharapkan dapat memilih calon yang berwibawa dan benar-benar mewakili rakyat.

Menurutnya, walau sebaik manapun parti, namun jika calonnya tidak memenuhi kehendak rakyat, perkara itu akan menjadi sia-sia.

Iklan

Pada PRU14, Mohd Rashid yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang majoriti 17,894 undi menewaskan calon BN, Haliza Abdullah dan calon Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mohd Rashid yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudian dipecat daripada PKR sebelum menyertai Bersatu pada 2020.