Hasrat PBM sertai BN dapat respon positif: Zuraida
Iklan
Zuraida
SEGAMAT - Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa hasrat parti itu menyertai BN menerima respon positif, namun BN belum memberi keputusan rasmi mengenai permohonan itu.
Zuraida berkata, terdapat beberapa perkara perlu diteliti oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pihaknya menjangkakan keputusan permohonan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"Semua berjalan lancar, seperti yang saya cakap tadi, ia mendapat respon positif, cuma beliau (Ahmad Zahid) belum lagi memberi kenyataan rasmi setakat ini, mungkin selepas bubar (Parlimen) beliau akan bagi kenyataan,” katanya pada sidang media selepas Program Jelajah Jom Reset Segamat di sini, pada Isnin.
Turut hadir penyandang kerusi Parlimen Segamat yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.
Iklan
Berhubung kerusi yang akan ditandingi PBM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, parti itu tetap akan mengekalkan enam penyandang kerusi PBM sedia ada.
PBM mempunyai enam penyandang kerusi Parlimen iaitu Zuraida (Ampang), Santhara (Segamat), Datuk Larry Sng Wei Shein (Julau), Steven Choong (Tebrau), Mohammadin Ketapi (Lahad Datu) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat).
Iklan
Sementara itu, pada program berkenaan Santhara menyampaikan dua bot kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dan Pejabat Penerangan Daerah Segamat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. - Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil