'Bersatu ditubuh untuk lemahkan UMNO' - Khaled Nordin
Iklan
Mohamed Khaled
JOHOR BAHRU - UMNO menolak untuk bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagaimana dimahukan Pas kerana parti baharu tersebut ditubuhkan untuk melemahkan UMNO.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO tidak pernah menolak segala usaha untuk penyatuan ummah tetapi penolakan parti itu adalah untuk 'menyelamatkan' Bersatu.
Iklan
Iklan
"Bagi UMNO, formula Pas untuk mendukung Bersatu bukan rumus untuk ummah yang bersatu. Bersatu adalah parti yang jelas ditubuhkan untuk melemahkan kekuatan sebenar orang Melayu melalui UMNO.
"Kekuatannya adalah ‘superficial’. Tidak dibangunkan melalui perjuangan hakiki tetapi dibina melalui sindiket pengkhianatan politik paling licik dan jelik dalam sejarah politik Malaysia.
Iklan
"Kerana itu, Bersatu tidak mempunyai ‘standing’ sebagai pendukung kesatuan dan perpaduan Melayu. DNAnya ialah anti UMNO dan karakternya adalah khianat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau menjelaskan, UMNO adalah gerakan politik dan bukan gerakan dakwah, tugasnya ialah mengurus dan mentadbir negara.
Iklan
"Ia telah dan akan UMNO usahakan dalam pelbagai ruang lingkup, pada setiap masa dan bukan bermusim bila ia mentadbir nanti," katanya.
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, segala perhitungan UMNO adalah pada kelangsungan politiknya dan kepentingan bangsa Melayu.
Menurutnya, adalah strategik untuk orang Melayu mempunyai parti terbesar dan paling dominan dalam kerajaan akan datang.
Fokus UMNO katanya, adalah untuk mengembalikan semula kekuatan sebenarnya agar dapat menjadi jurucakap orang Melayu yang berkesan.
"Ia tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan Bersatu pastinya kerana telah menjadi cita-cita Bersatu untuk UMNO itu diakhiri, ditolak dan dimatikan," ujar beliau.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.