Covid-19: 1,722 kes baharu, dua kematian

Iklan
Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan lapan daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan lapan daripadanya adalah kes import.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow memaklumkan terdapat dua kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan kedua-duanya membabitkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Iklan
Iklan

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,387 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 di dalam negara ketika ini pula adalah sebanyak 23,038 kes dengan 22,011 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Iklan

Daripada jumlah itu, 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 26 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh direkodkan pada Sabtu ialah 1,639 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,788,889.

Iklan