Maritim tahan 4 pekerja sangkar ikan warga Myanmar

Iklan
Empat PATI yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika bekerja di sangkar ikan di Parit Buntar pada Jumaat. - Foto Maritim Malaysia

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah sangkar ikan di kedudukan 0.4 batu nautika barat Tanjung Piandang di sini pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, kesemua lelaki dipercayai warga Myanmar itu ditahan ketika pasukan melakukan rondaan rutin dan pemeriksaan di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kesemua PATI kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Iklan

"Maritim Malaysia mengingatkan semua pengusaha ikan dalam sangkar dan komuniti nelayan agar mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan.

"Sebarang salah laku jenayah di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Maritim Malaysia di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau 05-7279919," katanya.

Iklan