1,788 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Iklan
Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Jumaat. - Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sejumlah 1,788 kes baharu Covid-19 dengan tiga kematian direkodkan di negara ini setakat jam 11 pagi Sabtu.

Berdasarkan data pada laman web KKMNOW tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).

Iklan
Iklan

Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 24,153 dicatatkan dengan 22,859 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala, 980 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 38 daripada dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 24 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Dalam pada itu, sebanyak 1,509 kes sembuh turut direkodkan.

Iklan