Tangani lambakan songket
Iklan
Mohd Nurkhuzaini (dua, kanan) mendengar penjelasan salah seorang usahawan berkenaan produk jualan mereka sempena Sembang Santai Bersama Usahawan Peringkat Kuala Terengganu dan Marang di TTC.
KUALA TERENGGANU - Menyedari isu lambakan songket luar yang masuk ke dalam pasaran Terengganu, kerajaan negeri bakal mengadakan perjumpaan khas dengan pengusaha-pengusaha songket di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Makro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, beliau merancang untuk mengadakan perjumpaan itu bagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai isu sebenar berkenaan pasaran songket asli Terengganu yang terkebelakang selepas kemasukan songket luar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pengusaha yang terlibat dengan songket diharap dapat memberi kerjasama baik supaya kerajaan dapat mencari penyelesaian yang tepat terhadap masalah terbabit.
"Kita nak tahu latar belakang (cerita) keseluruhan dan saya rasa kita panggil semua pengusaha dan dengar mereka ini bercakap dan meluahkan masalah, baru boleh buat satu dasar.
Iklan
"Saya akan ambil cakna perkara ini dan bincang dengan pengusaha tentang cadangan dan sebagainya supaya ia boleh diangkat kepada kerajaan negeri dan Pusat,” katanya pada program Sembang Santai Bersama Usahawan Peringkat Kuala Terengganu dan Marang di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Rozali Salleh serta ketua-ketua jabatan daripada 22 agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.
Iklan
Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau bersedia mempertahankan industri songket itu dan menegaskan ia perlu dipelihara supaya tidak ditelan zaman.
Dalam masa sama, beliau turut berharap pengusaha songket dapat bersatu dan mengambil inisiatif meletakkan logo songket asli Terengganu bagi membezakan songket tempatan dan luar negara.
"Saya difahamkan logo sudah dipatenkan tetapi hanya enam pengusaha sahaja yang berminat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>