Abdul Hadi beri bayangan teruskan kerjasama UMNO, Bersatu

Iklan
Pas akan tetap berpegang dengan konsep wasatiyyah bagi mempertahankan PN.

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi gambaran bahawa parti itu akan terus mengusahakan kerjasama antara parti Melayu utama termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut beliau, Pas akan tetap berpegang dengan pendekatan pertengahan atau konsep wasatiyyah bagi mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Pas sangat mengharapkan supaya perpaduan berjaya diusahakan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran PN bersama parti-parti dari Sabah dan Sarawak, bergabung bagi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam dan bumiputera.

"Selain itu, diharapkan juga parti bukan Islam yang tidak ekstrem menolak Pakatan Harapan (PH) yang berideologi pragmatik dan liberal yang tidak boleh menyelamatkan negara dan masyarakat majmuk di negara ini.

Iklan

Beliau berkata demikian susulan Pas ketika ini diasak dengan keputusan sama ada ingin memilih UMNO atau Bersatu dalam kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut menyeru rakyat untuk sama-sama menolak PH yang disifatkan sebagai parti yang melampau, merosakkan dan menganut fahaman liberalisme.

Iklan

"Sesungguhnya, di belakang mereka penyumbang rasuah yang lebih besar mudaratnya daripada penerima rasuah,” jelasnya.

-tamat-