Pemuda tak dapat dikesan lepas keluar rumah Sabtu
Iklan
Keluarga berharap orang ramai yang menemui Hanis dapat menghubungi mereka segera.
BESUT - Seorang pemuda berusia 26 tahun yang mengalami masalah kesihatan gagal dikesan oleh keluarganya selepas keluar dari kediaman keluarga di Kampung Raja, dekat sini pada petang Sabtu.
Kehilangan Hanis Nasrullah Norahmad Zaki disedari selepas kali terakhir dilihat menunggang motosikal jenis Yamaha Ego berwarna merah keluar rumah pada jam 5.30 petang hari berkenaan.
Iklan
Iklan
Ibu Hanis, Rohana Abdul Ghani, 51, berkata, keluarga amat risaukan keadaan anaknya kerana dia mengalami masalah psikitrik (mental) atau skizorenia sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu dipercayai menuju ke Melaka kerana hasratnya mahu mendaftar sebagai kakitangan di Hospital Melaka hari ini.
Iklan
"Pagi tadi suami saya ada terima panggilan daripada seorang lelaki di Cherating, Kuantan. Dia beritahu ada jumpa Hanis tengah tidur di sebuah wakaf. Lelaki itu bagi dia makan dan sedikit duit untuk isi minyak motosikal.
"Lelaki itu jumpa anak saya jam 3 petang semalam, tapi masa tu dia belum tahu kes Hanis hilang," katanya.
Iklan
Rohana berkata, anaknya sebelum ini mendapat tawaran bekerja dengan Kementerian Kesihatan dan perlu melapor tugas di Hospital Melaka hari ini, namun tawaran itu terpaksa dibatalkan kerana keputusan pemeriksaan kesihatan mendapati dia mengalami masalah kesihatan tersebut.
"Dia berkeras juga nak ke sana tapi kami risau keselamatannya sebab sampai sekarang dia tak sampai ke sana walaupun ada waris dah tunggu di sana.
"Kami dah buat laporan polis tentang kehilangan Hanis di Balai Polis Kampung Raja malam kelmarin,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap orang ramai yang ternampak atau menemui anaknya agar menghubungi suaminya di talian 013-3626461 atau mana-mana balai polis berhampiran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>