Didenda lebih RM700,000 kerana selipar tiruan
Iklan
Yin Keat (kanan) dan Kian Seng dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas hakim memutuskan mereka bersalah pada Rabu.
IPOH - Seorang pengurus dan dua pengarah bersama syarikat didenda RM791,775 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memperdagangkan 17,595 pasang kasut dan selipar jenama tiruan.
Hakim Norashima Khalid membuat keputusan selepas mendapati tertuduh, Yap Kian Seng, 60, Yap Yin Keat, 50, Sun Haixia, 40, dan syarikat Enghenda Sdn Bhd bersalah.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama atas empat pertuduhan kerana berada dalam kawalan untuk pembekalan barangan dengan perihal dagangan palsu iaitu 17,595 pasang selipar dan kasut jenama terkenal iaitu Nike, Puma, Gucci dan Levi’s.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis tanpa nama kira-kira jam 11.30 pagi di Kawasan Perindustrian Menglembu di sini pada 18 Disember 2019.
Iklan
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 8 (2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 (2)(B) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang perihal dagangan palsu atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Iklan
Bagi syarikat Enghenda Sdn Bhd pula, mereka didakwa di bawah Seksyen 8 (2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 (2)(A) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 untuk setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan denda RM10 bagi setiap pasang selipar dan kasut dengan jumlah keseluruhan denda untuk setiap tertuduh berjumlah RM175,950 atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda.
Selain itu, mahkamah turut menetapkan hukuman denda RM15 bagi setiap pasang kasut untuk syarikat berkenaan dengan nilai keseluruhan hukuman denda berjumlah RM263,925.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan peguam untuk menangguhkan hukuman denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Bagaimanapun jumlah ikat jamin bagi kesemua tertuduh dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000 untuk setiap seorang.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Muhammad Ridzuan Abd Rahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Asri Osman dan Mohd Fitri Asmuni.
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.