'Muda hanya boleh sertai PH selepas PRU15'

Iklan
Razeef

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin berpendapat bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) boleh menyertai Pakatan Harapan (PH) hanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Beliau turut berpandangan, banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum Muda menyertai PH.

"Saya mengambil maklum dalam masa terdekat keputusan sama ada penyertaan Muda ke dalam PH diterima atau tidak oleh Majlis Presiden PH

Iklan

"Terlalu banyak aspek yang perlu dipandang dan perkara yang perlu diambil kira apatah lagi PH pernah berdepan dengan pengkhianatan sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat.

Beliau berkata, Muda perlu mencontohi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang telah teruji kesetiaan menyertai PH sebelum secara rasmi menyertai pakatan itu pada Ogos 2021 lalu.

Iklan

"Bukan sahaja berdepan dengan peristiwa Langkah Sheraton, malah telah bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa sebarang masalah.

"Berbeza dengan situasi PRN Johor apabila Muda melanggar kerusi yang ditandingi calon PH dari PKR.

"Tindakan biadap Muda diawal usaha penyatuan PH dan Muda telah menghakis kepercayaan bukan sahaja anggota parti-parti komponen pakatan itu malah penyokongnya juga,"jelas beliau.