‘Jangan utamakan kepentingan berpolitik semata-mata’
Iklan
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Ahmad Yahya -Foto Facebook Ustaz Ahmad Yahaya
SHAH ALAM - Pas menggesa semua parti politik agar tidak mengutamakan kepentingan berpolitik semata-mata sehingga sanggup tidak mempedulikan kepentingan rakyat.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Ahmad Yahya berkata, desakan berterusan terhadap pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secepat mungkin dengan berselindung di sebalik alasan kehendak akar umbi dan menyerah mandat kepada rakyat perlu diteliti semula.
Iklan
Iklan
"Atas dasar kepentingan rakyat dan bukan kepentingan politik semata-mata supaya urusan menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat yang lebih utama hendaklah terlebih dahulu diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan yakin PRU15 akan diadakan sebelum musim banjir.
Iklan
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pada 30 September lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan, pilihan raya wajib diadakan pada tahun ini.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu dan musim peralihan monsun merupakan petanda awal perlunya kesiapsiagaan yang rapi bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir besar.
Iklan
"Sewajarnya semua pihak diingatkan tentang banjir puing yang dahsyat melanda beberapa negeri termasuklah negeri di pantai barat pada penghujung tahun lalu.
"Walaupun banjir sebesar itu jarang sekali berlaku, namun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, unjuran kebarangkalian berlakunya banjir-banjir besar oleh agensi tertentu tetap berasas,” katanya.
Ahmad turut menyarankan agar semua pihak bertenang terlebih dahulu, menyelesaikan isu-isu rakyat dalam fasa endemik dan memastikan penggal pemerintahan berakhir sebelum melaksanakan PRU15.
"Ahli politik tidak mengira latar belakang seharusnya mengambil iktibar terhadap rantaian isu yang berlaku dalam negara ini.
"Jangan disebabkan sikap segelintir yang masih berdegil, habis rosak susu sebelanga,” tegasnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.