[VIDEO] Ahmad Maslan berteka-teki mengenai perjumpaan khas
Iklan
Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berteka-teki mengenai Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.
Ahli Parlimen Pontian itu turut mengunci mulut mengenai pertanyaan adakah pertemuan ini mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"Benda baik-baik sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pertemuan yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Tambah Ahmad, perjumpaan ini dihadiri 191 bahagian UMNO melibatkan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri.
Iklan
Menurutnya, satu sidang media akan diadakan selepas perjumpaan ini.
"Kalau Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tak dapat, saya akan berurusan dengan media,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>