Kekalahan kepada City pembakar semangat United lebih maju

Iklan
Fernandes

MANCHESTER United perlu menjadikan kekalahan 3-6 kepada Manchester City dalam derbi setempat di Stadium Etihad, sebagai pembakar semangat untuk penambahbaikan pasukan itu selepas ini.

Malah tonggak The Red Devils, Bruno Fernandes percaya pemain United mampu melalui fasa itu sepertimana ketika diaibkan 0-4 Brentford pada Ogos lalu.

Iklan
Iklan

"Jelas sekali kami benar-benar kecewa dengan kekalahan ini, namun kini tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya dan memahami bahawa perlu kembali dalam prestasi sebelum ini

"Sejujurnya kekalahan ini akan menjadikan pasukan bertambah baik dari segala segi baik serangan, tengah dan pertahanan kerana pemain dibentuk menerusi prinsip kepercayaan dan kebersamaan.

Iklan

Kekalahan ketiga liga selepas mengharungi tujuh perlawanan itu menyaksikan skuad kendalian Erik Ten Hag tersebut menduduki tangga keenam dengan 12 mata - sembilan mata di belakang pendahulu Arsenal yang lebih satu perlawanan.

Manchester United akan bersemuka dengan Everton hujung minggu ini, bakal berdepan kelab gergasi Cyprus, Omonia Nicosia dalam saingan Liga Europa di Cyprus pada Jumaat.

Iklan