Pelajar didedah cara atasi jenayah seksual dalam talian
Iklan
Mahmood (depan, tujuh dari kiri) bergambar bersama pelajar SMK Pokok Sena yang mengikuti Program Sumbangan Hamper Alat Tulis Bagi Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak Peringkat Daerah Pokok Sena baru-baru ini.
POKOK SENA - Seramai 250 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, dekat sini menerima pendedahan Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak yang dikongsikan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Zon Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, program tersebut melibatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat di sekolah tersebut.
Iklan
Iklan
"Program ini bertujuan memberi pendedahan serta pelindungan kepada anak muda terutama golongan remaja yang semakin meningkat dewasa.
"Perkongsian ini juga menekankan keadah mengatasi jenayah seksual dalam talian pada masa kini antaranya kepentingan penggunaan gajet," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Iklan
Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Hamper Alat Tulis Bagi Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak Peringkat Daerah Pokok Sena.
Menurutnya, Pasar Raya Econsave menyambut baik usaha tersebut bagi memberikan pendedahan kepada remaja dan pengawalan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak juga perlu dititikberatkan.
Iklan
"Econsave Pokok Sena juga tampil menjayakan program ini dengan menyumbangkan barangan hamper seperti set alat tulis, pen, buku nota kecil, buku latihan dan fail," kata beliau lagi.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>