Covid-19 catat 1,360 kes baharu, satu kematian

Iklan
KKM merekodkan sebanyak 1,360 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,360 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,843,865.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, terdapat satu kematian yang direkodkan dan kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).

Iklan
Iklan

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,375 orang daripada lebih 4.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 45 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sebanyak 2,271 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,783,393.