Latih amal pastikan kesiapsiagaan tahap optimum: Nadma
Iklan
Empangan Kenyir - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan khabar angin disebarkan melalui media sosial berkaitan Latih Amal Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang diadakan baru-baru ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan memaklumkan, latih amal itu merupakan program yang melibatkan agensi-agensi kerajaan bersama anggota komuniti bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi bencana berada pada tahap optimum.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap semua risiko bencana bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi, masyarakat perlu peka dan mengetahui pelan tindakan komuniti jika berlakunya bencana.
"Nadma selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana negara sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam menganjurkan pelbagai program latih amal bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan (resilient) terhadap bencana.
Iklan
"Lain-lain latih amal yang pernah dianjurkan bagi memastikan kesiapsiagaan agensi dan masyarakat adalah Latih Amal Tsunami di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Sabah,” kata kenyataan itu pada Ahad.
Nadma memaklumkan latih amal turut diadakan untuk memperkasa koordinasi pelbagai agensi dalam menghadapi bencana selain meningkatkan kefahaman dan keupayaan setiap agensi kerajaan yang berkaitan terhadap kaedah serta strategi pengendalian bencana.
Iklan
"Selain meningkatkan kefahaman masyarakat, latih amal dapat menambahbaik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK),” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, tular dalam media sosial bahawa penduduk Terengganu berisiko diancam banjir besar akibat kemungkinan pecahnya Empangan Kenyir di Hulu Terengganu.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal