Kedah tersungkur di Darul Aman

Iklan
Ronald Ngah Wanja (kiri) dikawal ketat dua pemain PJ City FC. - Foto KDA FC

Harapan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meraih tiga mata ke atas Petaling Jaya City FC pada aksi Liga Super 2022 musnah apabila tewas 0-1 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Jaringan tunggal R Ruventhiran pada minit ke-69 cukup buat pelawat meraih kemenangan yang sebelum itu turut memperoleh beberapa peluang namun percubaan gagal menerjah gawang gol tuan rumah.

Iklan
Iklan

Gol tersebut berpunca daripada serangan balas PJ City yang dilakukan oleh Mahali Jasuli yang kemudiannya menghantar bola tersebut dari sebelah tepi sebelum disambar Ruventhiran untuk menjaringkan gol.

Kemenangan PJ City itu menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut yang diraih oleh KDA FC sebelum ini.

Iklan

Pada minit ke-44, pelawat juga memperoleh peluang terbaik untuk berada di hadapan namun tandukan Shivan Pillay sekadar tersasar di tepi tiang gol KDA FC.

Sang Kenari juga mempunyai peluang pada minit ke-61 dengan melakukan serangan balas dan hampir berada di hadapan namun sentuhan Ronald Ngah Wanja melepasi gol PJ City.

Iklan

Pada minit ke-84, Marc Vales Gonzalez juga hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya sedikit tersasar melepasi palang gol.