PRU15: Jentera pilihan raya Pas diarah siap sedia
Iklan
Jentera pilihan raya Pas diarahkan bersiap sedia bagi menghadapi PRU15. Gambar kecil: Takiyuddin
SHAH ALAM - Jentera pilihan raya Pas diarahkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua pemimpin dan ahli parti itu dikehendaki menjaga dan mematuhi disiplin parti dengan menerima segala ketetapan serta keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja Pusat atas dasar taat yang tidak berbelah bahagi.
Iklan
Iklan
"Sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden Pas bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti khususnya dalam menghadapi PRU15," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.
Iklan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ujarnya, semua jentera UMNO di setiap peringkat diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh PRU15.
Iklan
Sementara itu, Takiyuddin mengingatkan semua ahli dan pimpinan di peringkat parti tersebut perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang melalui pengarahan Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
"Pas yakin dengan perjuangan yang berteraskan Islam serta hala tuju yang jelas demi kepentingan agama, bangsa dan negara, Pas akan terus memberikan khidmat bakti kepada negara dan rakyat jelata selepas PRU15 bersama-sama dengan gabungan muafakat politiknya yang mempunyai matlamat yang sama," tambahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>