Mesyuarat MKT UMNO terima peletakan jawatan Zulhasnan Rafique

Iklan
Ahmad pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Mesyuarat MKT UMNO turut merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah berikan oleh Zulhasnan.

Iklan
Iklan

"Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada sidang media selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad berkata, Mesyuarat MKT UMMO turut memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

"Ia mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO," ujarnya.

Iklan