MySalam terima lebih 1,000 tuntutan sejak 1 Januari
Iklan
MySalam
KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,094 tuntutan bantuan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam diterima setakat 4 April sejak pelaksanaannya pada 1 Januari lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata daripada jumlah itu, 97 tuntutan yang melibatkan nilai RM40,200 telah dibayar kepada penerima skim perlindungan tersebut.
Iklan
Iklan
"Ini melibatkan kemasukan ke hospital dan tuntutan untuk penyakit-penyakit kritikal,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu jumlah penyertaan golongan berpendapatan rendah B40 dalam skim mySalam.
Iklan
Menurut Amiruddin, seramai 3.8 juta daripada golongan B40 dijangka layak menjadi penerima skim tersebut yang bertujuan mengurangkan bebanan mereka akibat kejutan kewangan sekiranya berlaku kemasukan ke hospital atau penyakit kritikal. Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) sama ada kerajaan bercadang mengekalkan bantuan skim mySalam, Amiruddin berkata buat masa ini skim tersebut akan diteruskan selama lima tahun.
"Fasa pertama skim ini dilaksanakan selama lima tahun dan sekiranya terbukti ia mampu meringankan beban golongan B40 kerajaan akan kaji (untuk teruskan),” katanya.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang naik had umur penerima bantuan Mysalam
Skim itu menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 dalam bentuk sekali gus sekiranya mereka disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser dan penyakit jantung.
Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun kepada mereka yang menerima rawatan di hospital kerajaan, katanya. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>