Bimbang belia ikut jejak Perang Candu, China
Iklan
Ahmad
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyuarakan kebimbangan belia Melayu Islam di negara ini akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah secara tidak terkawal sebagaimana yang berlaku ketika perang candu di China ratusan tahun lalu.
Ahmad berkata, usaha perlu dilakukan bagi mengelak penduduk terutama belia menjadi hamba dadah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, antara usaha yang akan dilakukan kerajaan negeri bagi mengelak dan mengurangkan bilangan pemuda Kelantan terlibat dadah ialah menerusi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat negeri.
"MPBN akan menjadi saluran penting membabitkan perbincangan 150 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebelum dibawa ke peringkat kementerian.
Iklan
"Kita sedar kewujudan 12,703 lelaki dikesan menjadi 'hamba' dadah dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2014 di negeri ini, tetapi ia sebenarnya menjadi masalah nasional bukan babit negeri sahaja,” katanya, selepas merasmikan MPBN di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Ahmad berkata, MPBN akan menjadi saluran bagi mencari penyelesaian memandangkan ia dianggotai wakil agensi keselamatan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan serta Majlis Belia Kelantan.
Iklan
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat; Penolong Pengarah 1, Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Rosdi Mahmud dan Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Embong.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>