Bot karam di Bangladesh, korban meningkat 69 orang

Iklan
Korban bot karam di Bangladesh meningkat kepada 69 orang. - Foto AFP

DHAKA - Kira-kira 69 mayat ditemukan, manakala tiga penumpang masih hilang selepas bot yang padat dengan penumpang terbalik di daerah utara Bangladesh pada Ahad, kata seorang pegawai pada Khamis.

Pegawai Balai Polis Boda Panchagarh, Sujoy Kumar Roy memberitahu Xinhua, bot itu telah dijumpai tetapi usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.

Iklan
Iklan

Angka kematian akibat insiden bot karam pada Ahad lalu di daerah Panchagarh, meningkat kepada 69 orang pada Rabu, selepas satu lagi mayat ditemukan di sungai Karatoya.

Mangsa yang terkorban terdiri 31 wanita, 21 kanak-kanak dan selebihnya lelaki.

Iklan

Superintendan Polis Daerah Panchagarh, SM Sirajul Huda berkata:"bot itu membawa kira-kira 100 penumpang, kebanyakannya penganut Hindu, terbalik akibat terlebih muatan dan tenggelam beberapa minit sejurus berlepas dari terminal pada petang Ahad.”

Bot itu dalam perjalanan ke sebuah kuil sempena perayaan Mahalaya.

Iklan

Perkhidmatan bot masih menjadi medium pengangkutan utama di negara Asia Selatan itu untuk menyeberangi ratusan sungai. - Bernama