Pas mahu selesaikan dulu janji manifesto

Iklan
Ahmad (kanan) menyerahkan replika kunci rumah kepada Rahimah pada Majlis Penyerahan Rumah Dhuafa di Kampung Kutan pada Khamis.

KOTA BHARU - Pas menafikan memberi alasan tidak sesuai melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam musim tengkujuh kerana bimbang akan hilang pengaruh dan sokongan pengundi.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, Pas mempunyai pandangan sendiri berhubung pilihan raya termasuk menumpukan perhatian kepada masalah rakyat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Pas juga mahu menyelesaikan manifesto yang masih berbaki dalam tahun ini.

"Jika kita buat (PRU15) tahun depan sama ada bulan tiga atau empat, insya-ALLAH kita dapat selesaikan keseluruhan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Dhuafa kepada penerima, Rahimah Salleh di Kampung Kutan di sini pada Khamis.

Ahmad menandatangani plak Rumah Dhuafa di Kampung Kutan pada Khamis.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa Pas takut arus politik semasa menghanyutkan dan menghancurkan kuasa serta pengaruh parti itu sekiranya PRU15 disegerakan.

Iklan

Beliau mendakwa, Pas akan cuba menggunakan pelbagai taktik dan alasan untuk melambat-lambatkan PRU15 supaya dapat mengukuhkan kedudukan mereka.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pusat pembuangan undi yang dibuka di sekolah turut menjadi pusat pemindahan sementara (PPS).

"Kita kena fikirkan perkara itu juga kerana mungkin pusat pembuangan undi bertambah berikutan dibenarkan pengundi berusia 18 tahun," katanya.

Tambah beliau, dalam tempoh mengundi itu juga memerlukan ramai pasukan keselamatan yang bertugas ketika banjir.

"Jika berlaku serentak, banjir dan PRU15, mereka perlu menjaga keselamatan mangsa dan pada masa sama berurusan dengan pengundian," katanya.